Monday, 27 August 2012

www.keretamayat.blogspot.com= blog yg aku sukai

http://keretamayat.blogspot.com

Entah mengapa dari dulu hingga kini memang aku suka membaca pos2 yg di pos oleh Hamka...
Banyakla input, dan cara pemikirannya yang sangat2 buat aku terpana, terpegun dan terpesona..Ayat yang simple tapi bermakna, ayat yang sempoi tapi perghhh menusuk2..
Isu-isu semasa, isu-isu sosial dijawab dalam konteks agama, logik, ditambah dengan style tulisan ynag memikat memang membuat aku berfikir sejuta kali..

kat bahagian tepi blog kereta mayat ada menda alah ni:
PERATURAN MEMBACA BLOG KERETAMAYAT

Amaran
Mengamalkan apa yang aku tulis di sepanjang blog ini tanpa merujuk kepada Dalil dari Al-Quran dan Al-Hadith yang semakna atau hampir semakna dengannya, bukanlah tindakan yang bijak dan merbahaya kepada bot-bot kecil.

Silalah bertindak dengan bijak kerana aku hanyalah sekadar memberi pendapat kepada diri sendiri.

18 Tahun ke atas..
Blog ini menyentuh aspek agama, sosial dan politik,(18PL)

Blog ini mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,(18SX)

Blog ini ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,(18SG)

Bukan Ustaz.
Blog ini di tulis oleh seorang yang bukan ustaz, ulamak, mufti, kiai, atau ahli fatwa kebangsaan, Oleh sebab itu, sila rujuk kepada ustaz dan ulamak serta kitab. Maafkan penulis jika kurang hikmah dalam penulisan di sepanjang blog ini, dan terima kasih kerana berlapang dada membaca secebis ilmu dan maklumat tentang dunia islam dari kaca mata seorang hamba yang hina ini.

Seks Blog ini sering bercerita tentang kelebihan berumahtangga dan isu seks, dalam menggalakakn muda mudi mendirikan rumahtangga dengan cepat demi kesempurnaan separuh dari ugama melalui perkahwinan, walaubagaimanapun, tak salah jika yang sudah berkahwin membacanya.(mana tahu ada rezeki untuk tambah...)

Mualaf
Dalam bebarapa artikel, ada di selitkan nota untuk mualaf, bagi penulis, mungkin anda akan tidak selesa atau bosan membacanya, namun abaikan sahaja kerana pada pendapat Aku yang hina, masih ramai sebenarnya remaja dan orang islam sendiri yang masih ‘mualaf’ dalam bab-bab ugama.(termasuk juga aku), maka, kita sama-sama belajar ingat-mengingat, walaupun untuk perkara yang remeh.

BuZnama
Bermaksud: “Berita dari UstaZ yang aku tak ingat NAMA”.

Demi Allah, Aku sedaya upaya mencuba sepenuh jiwa raga agar tidak sekali-kali meyebarkan berita yang palsu, apa yang aku dengar dan telah dengar banyak kali dari 'Buznama', maka aku gunakan sebagai hujjah, semoga aku sampai bila-bilapun tidak akan berdusta atas nama Rasulullah SAW.

Short Word.
Blog ini seperti juga buku ugama yang lain, ada ringkasan tulisan seperti SAW untuk Selawat atas Nabi, RA, untuk RadhiAllahuanhu dan lain-lain.

Hampeh
mencarut dengan bahasa yang murni.

Mamat.
Mamat adalah gabungan nama kepada 'musuh’ aku yang muncul bertali arus secara tidak langsung dalam hidup berugama apatah lagi selepas belajar‘Gaya Pulang ke pangkal jalan’, bagus kita gunakan ‘Mamat’ dalam memudahkan satu-satu penerangan, terima kasih Mamat. Dan mamat sebenarnya seorang sahabat yang baik.

Woha
Penulis menggambarkan situasi menjerit gembira atau menjerit keliru atau apa sahaja, bergantung kepada senario.

Oh Penulis menggambarkan situasi sedih atau mengeluh kepada diri sendiri.

Lagu dan Syair.
Dalam kitab ugama, penulis dapati banyak penerangan di selitkan syair arab, menjadikan kitab itu menarik dan seronok di baca. maka aku juga banyak menyelitkan lirik lagu yang popular di mata aku ke dalam beberapa artikel, ada yang aku edit sesuka hati dan ada yang sama dengan lirik lagu yang asal, anggap sahaja sebagai syair dalam memudah fahamkan sesuatu penerangan dan menghidupkan suasana ceria.

Lawak.
Ada bebarapa artikel yang mungkin lucu pada sesetengah jiwa, penulis tidak berniat membuat lawak, ini bukan blog lawak, dan ugama tidak boleh di jadikan bahan gurau, (kena pergi surau).., anggaplah itu sebagai “pereda ketegangan” dalam membincangkan bab-bab ugama. Mudah-mudahan.

Rujuk Ustaz
Penulis benar-benar maksudkannya. Demi kebahagian anda.

Jangan Jadi SLOW
Blog ini juga tidak mewakili mana mana pertubuhan, kumpulan, fahaman, parti, gerakan atau sindiket, jika tak puas hati,jangan kutuk UMNO, TABLIGH dan lain-lain pertubuhan, tapi hina, caci, maki, kutuk dan laknatlah aku seorang...,

Komen dan Email
Penulis cuba jawab semua komen dan email , cuma lambat atau cepat sahaja... 
(keretamayat at gmail dot com)

 Aku baca, tapi tak sume aku tahu..aku tahu tapi tak semua aku ingat.. aku ingat tapi tak semua aku buat,..aku buat tapi tak tahu diterime ke tak..Moga dengan membaca aku tahu, aku ingat, aku buat dan aku amal sellau..kredit to crystalbennick  sbb introduce blog ni kat aku..semoga kte sume dpt iktibar n msej sampai.. Insyaallah..

No comments:

Post a Comment